410: NaNoWriMo survival kit.

Okay.

Dalam entri sebelum-sebelum ini kita dah bincang tentang macam mana nak buat persediaan sempena NaNoWriMo, tips-tips lebih kurang tentang penulisan, jenis-jenis POVs, dan entah apa lagi aku dah lupa.

Ada yang contact aku via FB, email, twitter, ceritakan tentang kisah mereka dalam misi 'memenangi' NaNoWriMo. Ada yang berjaya, ada yang kandas. Yang berjaya sudahkan novel anda, syabas. Yang gagal... Well... tak semestinya korang patut just scrap your novel and give up writing sebab bagi aku proses penulisan sesebuah novel tak berhenti sebaik sahaja tamatnya NaNoWriMo.

Sekarang dah pertengahan Julai, jadinya ada lebih kurang 4 bulan untuk thoroughly prepare untuk pastikan misi NaNoWriMo korang berjaya. Kali ini aku nak senaraikan benda-benda yang aku buat dan sediakan sebelum bermulanya NaNoWriMo. Aku baru je 'menang' sekali NaNoWriMo tahun lepas, jadi aku rasa aku belum cukup layak untuk cerita panjang lebar tentang steps to prepare for it. Tapi aku cuma nak kongsi apa yang works for me, dan apa yang tak works for me.

1. Ada idea kasar apa yang kau nak tulis.
Ini penting. Sebab 4 bulan bukannya tempoh sekejap untuk kau fikir, "Ah, lambat lagi nak mula NaNoWriMo... nanti-nantilah aku cari idea nak tulis apa."

Ini mentaliti salah. Sepatutnya by now kau dah punya some sort of rough idea atau a basic skeleton of story atau mungkin a sort of character in mind yang kau nak commit untuk tulis sepanjang bulan November nanti.

Tapi jangan bimbang kalau sampai sekarang kau masih belum ada idea nak tulis apa. Bagi aku idea untuk menulis datang dari sumber-sumber yang tak terduga. Sebab itulah aku tak boleh nak stresskan betapa pentingnya kau, sebagai committing writer atau newbie writer out there untuk bawa bersama sebuah buku nota, pen atau paling tidak smartphone sentiasa.

book idea #23732383: girl discovers that she
is a robot who works at a diner,
but she doesn't know that she's a robot.
Kau tak akan tahu bila idea untuk buku kau akan muncul, jadi bila kau selalu bersedia dengan pen dan buku nota (atau smartphone) kau boleh catatkan idea tu dan rujuk kemudian bila kau duduk depan laptop dan mula rangkakan cerita yang kau nak tulis tu.

Jujur aku cakap sejak pakai smartphone, hidup aku jadi lebih mudah. Tak perlu apps pelik-pelik atau mahal-mahal sebab rough idea kau boleh ditaip kat dalam apps Notes dalam iPhone tu je. Sebab itulah aku letak Notes kat page depan phone aku, supaya senang aku nak bukak every time ada idea atau sepotong ayat atau apa saja yang mungkin membantu kau untuk rangkakan cerita yang bakal kau karang tu nanti.

Lagipun smartphone kan sah-sah ada kamera. Benda ni sangat-sangat berguna untuk kau ambil gambar bangunan, strangers, cats, apa saja yang mungkin membantu kau untuk piece your story together. Simpan semua benda-benda ni kat satu tempat (dalam Notes tu kan boleh paste gambar, sangat-sangat convenient!) yang kau boleh capai dan rujuk dengan pantas.

Kalau kau stuck with an idea tapi tak ada smartphone atau buku nota, guna apa saja kertas yang ada untuk kau catat secara temporarily dan simpan cebisan kertas tu. Setiap kali aku mulakan projek menulis, aku akan sediakan sebuah kotak kasut kosong dan slowly isinya dengan random bits of paper (shopping receipts, torn pages of magazines, blablabla) yang tertulis idea atau apa sahaja benda yang berkait dengan buku yang sedang aku usahakan.

Kalau masih tak ada idea nak menulis jugak, jangan risau... Grab a book and read. Mana tahu idea akan muncul tengah-tengah kau membaca. Takpun channel surf TV tu sampai kau rasa macam nak muntah. Suzanne Collins penulis trilogi The Hunger Games tu pernah cakap yang dia dapat idea nak tulis siri tu lepas channel surfing suatu hari dan terinspirasi bila tengok dokumentari entah apa entah aku sudah lupa.

Let me tell you a bit of a secret;

Bisik - idea datang lepas aku stumble upon satu medical journal ni pasal this one Russian scientist yang cuba untuk kaji efek Coca-Cola on the insides of a human body, tapi dia test teori tu guna kucing. Gila tak?

Sasar - loosely based on true event yang pernah jadi kat one of my friend, tapi mostly the whole premise sebenarnya aku cantumkan daripada aku dengar satu perbualan antara seorang makcik ni dengan kawan dia pasal dia kena stalk kat toilet panggung wayang.

See? Idea datang dengan cara yang tak terduga!

2. Plan ahead supaya jadual menulis kau lapang.
Ini sama mustahak dengan mempunyai idea kasar untuk nak tulis apa sepanjang NaNoWriMo. November cuma ada 30 hari dan campur-tolak weekends yang kau decide untuk tidak menulis (rest day) dan juga hari-hari emergency yang tak boleh nak dielakkan, kau cuma ada kurang-lebih a handful of good days je untuk betul-betul menulis.

Sebab itulah sangat-sangat mustahak untuk kau plan ahead hari apa yang kau nak menulis, hari apa yang kau nak rest dan sebagainya. Macam aku, sepanjang NaNoWriMo jadual aku lebih kurang macam ni:

  • Isnin-Sabtu - menulis dari jam 10.00 mlm - jam berapa kau larat.
  • Ahad - rest day. Selalunya aku tak menulis, aku cuma akan revise apa yang aku tulis atau revise notes yang ada.

Yes. Menulis is a boring and lonely task. Ada orang boleh menulis secara berjemaah, sebab ada je aku tengok orang yang join NaNoWriMo buat gathering kat kafe atau restoran atau rumah siapa-siapa dan buat marathon menulis ramai-ramai, lepak satu meja dengan laptop masing-masing dan tulis novel sendiri. Tapi aku tak boleh macam tu. Bagi aku gathering macam ni bukan saja boleh ganggu proses penulisan kau, tapi kau akan rasa tergugat tengok word count orang lain yang bapak lebih banyak dari kau dan kau mula rasa inferior sebab orang lain dah tulis jauh lebih banyak daripada kau. Mungkin kau boleh. Terpulang la.

lepas tu kau mula rasa macam
sia-sia je gather sebab tak menulis
apapun sebab sibuk sembang
Aku pernah cuba join writing pacts/gathering macam ni tapi selalunya benda macam ni tak produktif mana sebab kau akan end up menulis for 20 minutes dan selebihnya borak tentang benda-benda mengarut.

Sebab itulah aku letakkan Ahad sebagai rest day. Hari itulah aku nak lepak dengan fellow writers yang lain (tak jumpa bersemuka pun tak apa, sebab boleh je gather via Skype group chat atau FB) untuk korang recap apa yang dah ditulis dan bincang apa yang patut. Bagi aku kau patut sediakan at least 1 hari rest day dalam seminggu supaya kau boleh revise tulisan kau, dan bila kau gather dengan kawan-kawan penulis kau, sedikit-sebanyak kau boleh dapatkan motivasi dan ilham untuk teruskan menulis. Lagi best, like say sepanjang minggu tu kau menulis dan tiba-tiba kau stuck kat satu bahagian ni dan kau tak tahu macam mana nak proceed, write it down somewhere on a piece of paper dan bawa kertas tu masa rest day kau dan kau boleh bincang tentang benda tu dengan kawan-kawan kau.

Lagi satu, since NaNoWriMo is roughly 4 months away, rasanya kau dah boleh plan awal-awal supaya sebulan tu kau free daripada benda-benda lain. Berdoalah agar tak ada kawan-kawan kasi jemputan pergi kenduri kahwin, akikah, cukur jambul, birthday, blablabla... dan berdoa jugalah agar kau tak perlu travel ke mana-mana atas urusan kerja sepanjang bulan tersebut. Tapi kau terpaksa sangat, boleh je bawak laptop bersama... so, takdelah masalah sangat. Basically berdoa agar jadual kau kosong supaya kau boleh menulis dengan tenang dan tak serabut fikir pasal benda lain selain buku kau.

3. Beli thumb drive atau external hard disc (kalau kau masih belum ada)
Ini penting dan no brainer. Buat copies of your writing ke dalam thumb drive atau hard disc setiap masa sepanjang kau menulis. Kau tak boleh nak harapkan yang laptop kau sihat sepanjang November tu jadi kau kena ambil langkah berwaspada.

Ada orang back up tulisan dia orang ke emel atau simpan dalam cloud drives macam Dropbox atau OneDrive. Aku buat cara macam ni sebab cloud drive ni kau boleh akses dari mana-mana komputer (atau telefon) yang ada internet. Jadi kalau kau terpaksa travel ke mana-mana dan tak bawa laptop kau, kau masih boleh menulis kalau kau bawa your backed up works dalam thumb drive atau cloud drives. Boleh je pinjam laptop siapa-siapa atau kalau kau jenis super-gigih atau terdesak sangat-sangat boleh je menaip guna phone kau sebab ada je apps Microsoft Word untuk iPhone sekarang ni yang boleh sync dengan cloud drive. Jadi, tak ada alasan kau tak ada depan laptop untuk menulis.

4. Cari kawan-kawan geng penulis
Support dari fellow writers penting sebenarnya sebab menulis ni kerja yang sunyi dan membosankan. Jadi ada kawan-kawan yang juga penulis sangat-sangat membantu. Berlambak je penulis yang tak sombong *ehem* yang kau boleh ajak sembang dan bincang pasal penulisan kat luar sana. Jangan malu jangan segan untuk add dia orang kat social media dan tegur elok-elok. Mana tahu untung-untung dapat free tips macam mana nak baiki kualiti tulisan kau dan bertukar-tukar idea.

Ini penting bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak menulis. Kalau tak ada geng penulis pun tak apa, cari kawan-kawan yang boleh harap yang memang kaki membaca. Bila kau duduk dan borak dengan orang macam ni, selalunya macam-macam idea pasal buku apa yang dia orang dah baca dan penulis siapa yang dia orang follow kat social media boleh dikongsi. Sedikit-sebanyak bila kau ada kawan-kawan macam ni takdelah boring sangat bila kau menulis. Bila tengah stuck kat mana-mana time menulis, boleh je roger-roger dia orang tanya pendapat. Gitu...

tapi kalau kawan comel mcm ni menggangu la pulak...
Aku sendiri ada a handful of friends yang memang penulis atau memang minat membaca. Selalunya dia orang ni lah yang aku rujuk dan bincang especially kalau aku ada hal-hal yang musykil pasal penulisan sebab biasalah... aku ni kategori self-taught writer, bukan ada degree in creative writing ke apa, jadi ilmu tak se'power' orang yang belajar kat universiti pasal menulis ni. Jadi ada kawan-kawan ni la yang sedikit-sebanyak sumber pembelajaran aku tentang dunia penulisan ni.

Plus, ada kawan-kawan geng penulis ni ada faedahnya jugak sebab kau boleh jadikan dia orang sebagai 'beta reader' untuk kau kasi sample writing kau kat dia orang untuk mereka komen sebelum kau proceed atau hantar ke penerbit. Dapat feedback dari kawan-kawan macam ni penting sebab at least kau boleh ada rough idea tulisan kau ni boleh hadam oleh khalayak umum atau patut scrap dan rewrite je.

*

Rasanya cukup lah kot empat benda yang kau boleh prepare menjelang NaNoWriMo nanti. Harap adalah antara yang aku cakap kat atas ni berguna untuk kau orang semua sebab basically semua ni adalah benda-benda yang aku sendiri amalkan sepanjang aku menulis, tak kiralah untuk NaNoWriMo ke apa ke sebab tips ni kau boleh praktikkan bila-bila masa. Tak perlu tunggu NaNoWriMo pun.

All the best!

Ulasan